Imej Pengolokan Redmi Note 8 Dengan Empat Kamera 64MP Dihasilkan Berdasarkan Video Rasmi Comments Off on Imej Pengolokan Redmi Note 8 Dengan Empat Kamera 64MP Dihasilkan Berdasarkan Video Rasmi 348

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Redmi sebelum ini telah dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintar terbaharunya dengan sokongan kamera beresolusi 64MP. Malah hasil gambar rasmi yang memperlihatkan kualiti kamera yang diambil menggunakan lensa 64MP itu juga pernah dikongsikan di Internet.

Menariknya melalui perkongsian video rasmi yang memaparkan pembuatan telefon pintar Redmi dengan sokongan empat kamera beresolusi 64MP, satu imej pengolokan yang dipercayai model Redmi Note 8 sudah mula dikongsikan di laman Weibo, yang mana ia jelas memperlihatkan rekaan empat kamera menegak yang terletak di tengah-tengah panel belakangnya.

Melalui pendedahan yang berasingan, Redmi Note 8 juga telah dilaporkan mula melepasi pengiktirafan 3C di China dengan menampilkan teknologi pengecasan pantas 18W. Memandangkan ia tampil dengan dua nombor model yang berbeza, berkemungkinan besar ia akan diperkenalkan dalam dua varian iaitu Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro.

Baca juga:

Redmi Dedah Hasil Gambar Menggunakan Telefon Pintar Pertamanya Dengan Lensa 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend