Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Samsung Galaxy M11 Kini Tertiris Comments Off on Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Samsung Galaxy M11 Kini Tertiris

Samsung mungkin telah mengurangkan siri telefon pintar kelas pertengahan dan bajet keluarannya kepada dua siri sahaja iaitu Galaxy M dan Galaxy A.

Namun itu sedikitpun tidak menghalang Samsung untuk terus tampil dengan model terbaharunya. Kini Galaxy M11 pula dilaporkan akan diperkenalkan tidak lama lagi selepas menerima pengiktirafan WiFi Alliance dan telah mula kelihatan di laman Google Play Console.

Melalui pendedahan portal ytechb, imej pengolokan rasmi Galaxy M11 telah menampilkan rekaan lubang kamera jenis Infinity-O, dan juga tiga kamera utama.

Diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, ungu dan biru, spesifikasi Galaxy M11 juga turut ditiriskan kepada umum seperti berikut:

  • One UI 2.0 (Android 10)
  • 6.4 inci PLS TFT LCD, HD+ (720 x 1560 piksel)
  • Infinity-O Display
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0)
  • Kamera utama: 13MP (f/1.8) + 5MP (Ultra Wide, f/2.2) + 2MP (Depth, f/2.4)
  • Pemproses lapan teras 1.8GHz (berkemungkinan Snapdragon 450)
  • 3GB + 32GB, 4GB + 64GB
  • Slot kad microSD sehingga 512GB
  • 5000mAh
  • Pengecasan pantas 15W
  • USB Type-C, Bicu audio 3.5mm, Bluetooth v4.2
  • Pengimbas cap jari pada panel belakang

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend