Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Huawei Nova 4e (P30 Lite) Berjaya Didedahkan Comments Off on Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Huawei Nova 4e (P30 Lite) Berjaya Didedahkan 814

Huawei Nova 4e atau juga dikenali sebagai Huawei P30 Lite ini telahpun dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mac ini, tetapi platform e-dagang terkenal di China iaitu TMALL telah berjaya mendedahkan rekaan imej pengolokan rasmi dan spesifikasi model ini.

Berdasarkan portal itu, Huawei Nova 4e akan ditawarkan dalam dua pilihan memori iaitu 4GB ataupun 6GB RAM, dan kedua-dua varian ini akan menyokong ruang storan sebesar 128GB. Selain itu model ini juga akan dikuasakan dengan cipset Kirin 710, Android 9.0 Pie, dan tampil dengan skrin sentuh sebesar 6.15 inci FHD+ (2312 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk kecil.

Aspek penggambarannya pula tersedia dengan kamera swafoto beresolusi 32MP, serta tiga kamera utama beresolusi 24MP + 8MP + 2MP. Huawei Nova 4e akan disediakan dalam tiga warna pilihan iaitu putih, biru dan juga hitam.

Baca juga:

Huawei Nova 4e Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mac Di China

Huawei Nova 4e Disahkan Sokong Kirin 710 Dan 6GB RAM Berdasarkan Ujian Penanda Aras Geekbench

Huawei P30 Lite Varian 128GB Dipercayai Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM1,700

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend