Imej Pengolokan Rasmi Dan Harga Jualan Samsung Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20+ Dan Galaxy S20 Tertiris Comments Off on Imej Pengolokan Rasmi Dan Harga Jualan Samsung Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20+ Dan Galaxy S20 Tertiris

Tinggal beberapa minggu sebelum siri Galaxy S20 dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari ini, pelbagai ketirisan tentang siri itu telah berjaya dikongsikan di Internet.

Melalui perkongsian eksklusif terbaharu oleh portal 91mobiles, imej pengolokan rasmi dan juga harga jualan bagi pasaran Eropah untuk model Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20.

Samsung Galaxy S20 Ultra 5G

Berbeza dengan model premium Samsung sebelum ini, Galaxy S20 Ultra dipercayai menampilkan sokongan skrin jenis 2.5D dan bukannya permukaan skrin melengkung 3D.

Rekaan panel belakangnya telah menempatkan modul penta kamera dengan kehadiran lensa jenis periskop yang dikatakan mampu menyokong fungsi 10x zum optikal dan sehingga 100x zum digital. Malah berdasarkan cetakan tulisan pada modul kamera itu, Samsung menggelarkannya sebagai ‘Space Zoom’.

Samsung Galaxy S20 Ultra dikhabarkan akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Cosmic Black dan Cosmic Grey. Ia dijangka akan dijual pada harga bermula daripada EUR1,349* (~RM6,060) untuk varian asas (sama ada 128GB atau 256GB), dan varian 512GB pula dijangka berharga EUR1,549* (~RM6,958).

Samsung Galaxy S20+ 5G

Galaxy S20+ dilaporkan akan hadir dengan paparan skrin Infinity-O Dynamic AMOLED berukuran 6.7 inci WQHD+, dan akan dikuasakan dengan cipset Samsung Exynos 990 yang diintegrasikan bersama modem 5G.

Samsung Galaxy S20+ – Cosmic Grey

Berbeza dengan model Galaxy S20, Galaxy S20+ menyokong saiz skrin yang lebih besar, sokongan lensa tambahan jenis ToF 3D, dan juga kapasiti bateri lebih besar iaitu mencecah 4500mAh.

Samsung Galaxy S20+ – Cosmic Grey

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Cosmic Black, Cosmic Grey dan Cloud Blue, Samsung Galaxy S20+ dipercayai akan dijual pada harga bermula daripada EUR1,099* (~RM4,937).

Samsung Galaxy S20

Berbeza dengan dua model yang lebih tinggi, Samsung Galaxy S20 ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 4G dan juga 5G. Malah ia juga menampilkan paparan skrin lebih kecil berukuran 6.2 inci, dan juga sokongan tiga kamera dengan rekaan modul kamera yang lebih kecil.

Samsung Galaxy S20 – Cloud Blue

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Cosmic Grey, Cloud Blue dan juga Cloud Pink, Samsung Galaxy S20 4G dijangka dijual pada harga EUR899* (~RM4,038) dan Galaxy S20 5G pula dijangka berharga EUR999* (~RM4,487).

Samsung Galaxy S20 – Cloud Blue

* Harga yang dipaparkan merupakan harga jualan untuk pasaran Eropah selepas dikenakan cukai VAT. Sebagai rujukan, harga jualan telefon pintar di Eropah adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan untuk pasaran global.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend