Imej Pengolokan Oppo R19 Menunjukkan Kamera Dalam Paparan Skrin Comments Off on Imej Pengolokan Oppo R19 Menunjukkan Kamera Dalam Paparan Skrin

Pada bulan Ogos kita telah diperkenalkan dengan Oppo R17, model terbaru selepas kejayaan Oppo R15 yang dilancarkan pada tahun lalu. Peranti tersebut antara yang terawal hadir dengan paparan bertakuk menggunakan konsep titisan air. Terkini, tersebar di arena web mengenai imej pengolokan terbaru dikhabarkan Oppo R19.

Melalui IceUniverse, peranti keluaran China akan datang ini bakal menawarkan paparan skrin berteknologi tinggi. Rekaan takuk tidak lagi digunakan sebaliknya kamera depan akan dimuatkan terus pada skrin menjadikan paparan tampak lebih luas serta kemas.

Sebelum ini Oppo telah berjaya menghasilkan peranti dengan kamera gelongsor yang dibawakan pada Oppo Find X. Pada pandangan kami permintaan peranti ini di Malaysia dilihat kurang mendapat sambutan oleh kerana harga jualannya yang melebihi RM 3 ribu.

Jadi, jika Oppo R19 diperkenalkan secara rasmi berasaskan teknologi skrin berlubang ini, adakah harganya juga akan melambung? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend