Imej Pengolokan Nokia 8.1 Plus Hadir Dengan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin 0 202

HMD Global baru sahaja mengumumkan penawaran model Nokia 8.1 untuk pengguna di Malaysia yang akan dijual pada harga RM1,699 bermula 18 Januari 2019 nanti. Menariknya hari ini @OnLeaks dan juga @91Mobiles telah mendedahkan pula satu lagi varian untuk model itu dengan kemunculan imej pengolokan Nokia 8.1 Plus.

Berbeza dengan skrin Nokia 8.1 yang memiliki rekaan takuk yang agak lebar, Nokia 8.1 Plus menampilkan paparan skrin berukuran 6.2 inci dengan rekaan lubang kamera pada skrin. Lebih menariknya ia juga dipercayai menyokong saiz bezel bawah yang jauh lebih kecil berbanding versi bukan ‘Plus’.

Bicu audio 3.5mm jelas dapat dilihat pada bahagian atas kerangka Nokia 8.1 Plus.

Dioperasikan oleh platform Android One, Nokia 8.1 Plus ini juga akan dikuasakan dengan pemproses kelas pertengahan daripada Qualcomm Snapdragon 710. Ia juga dilaporkan bakal menyokong konfigurasi memori 6GB RAM dengan ruang storan sebesar 64GB. Berdasarkan imej pengolokan itu juga, Nokia 8.1 Plus dilihat masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dengan sokongan port USB-C.

Bahagian bawah kerangkanya pula tersedia dengan port USB-C.

Memandangkan model ini masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, adalah tidak mustahil lebih banyak berita ketirisan tentang Nokia 8.1 Plus akan terus tertiris di Internet pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend