Imej Pengolokan iPhone XR 2019 Mengesahkan Sokongan Dwi Kamera Dengan Dua Warna Baharu Comments Off on Imej Pengolokan iPhone XR 2019 Mengesahkan Sokongan Dwi Kamera Dengan Dua Warna Baharu

Pada bulan lepas kami telah melaporkan bahawa iPhone XR 2019 dipercayai akan hadir dengan sokongan dwi kamera, dan perkara itu telah disahkan melalui perkongsian imej pengolokan yang telah dikongsikan di Internet.

Jika dilihat pada rekaan panel depannya, iPhone XR 2019 dilihat masih mengekalkan rekaan asal generasi pertamanya. Namun apa yang membezakan penampilan luarannya adalah sokongan dwi kamera yang memiliki susunan rekaan mirip seperti iPhone XI dan iPhone XI Max.

Melalui laporan yang berasingan pula, iPhone XR 2019 yang akan dikuasakan dengan Apple A13 ini juga dikatakan akan memperkenalkan dua warna baharu iaitu Green dan Lavender, bagi menggantikan dua warna sedia ada iaitu Black, Red, Yellow, Blue, Coral, dan White. Sungguhpun begitu masih belum diketahui warna apa yang akan digantikan itu.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

iPhone XR Generasi 2019 Dipercayai Hadir Dengan Dwi Kamera – Lensa Wide Angle dan Telefoto

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend