Imej Pengolokan iPhone XI 2019 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Comments Off on Imej Pengolokan iPhone XI 2019 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera 449

Individu yang sememangnya terkenal dengan perkongsian berita ketirisan tentang peranti terbaru di pasaran iaitu OnLeaks dengan kerjasama DigitIndia, baru-baru ini telah mendedahkan rekaan awal iPhone XI yang dijadualkan akan dilancarkan pada September nanti.

Melalui imej pengolokan tersebut, iPhone XI dilihat menampilkan sokongan tiga kamera dengan susunan segi tiga, dan ditempatkan di atas permukaan berbentuk segi empat sama mirip seperti siri Huawei Mate 20. Bahkan rekaan kamera itu juga telah disahkan benar oleh IceUniverse.

Bahkan VenyaGeskin1 juga turut berkongsi rekaan imej pengolokan iPhone XI itu di dalam warna emas yang lebih jelas untuk dilihat. Menurut sumber yang diterimanya juga, iPhone model 2019 itu juga akan hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil berbanding rekaan takuk pada iPhone XR, XS ataupun XS Max.

Walau bagaimanapun rekaan tiga kamera pada iPhone XI itu masih lagi dalam peringkat Ujian Pengesahan Kejuruteraan (EVT), dan rekaan tersebut mungkin akan berubah apabila dilancarkan secara rasmi pada September 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend