Imej Pengolokan HUAWEI P40 Pro Dengan Kuad Kamera Dalam Warna Mint Green Pula Tertiris Comments Off on Imej Pengolokan HUAWEI P40 Pro Dengan Kuad Kamera Dalam Warna Mint Green Pula Tertiris

Pada minggu lepas imej pengolokan HUAWEI P40 Pro Premium yang menampilkan panel belakang seramik telahpun didedahkan kepada umum dengan sokongan kamera penta yang dipercayai memiliki lensa utama beresolusi 52MP.

Kini melalui perkongsian terbaharu daripada individu yang sama iaitu @evleaks, imej pengolokan HUAWEI P40 Pro edisi biasa pula berjaya didedahkan kepada umum. Menariknya HUAWEI juga dipercayai akan menampilkan sentuhan warna baharu iaitu ‘Mint Green’ yang dilihat mirip seperti warna iPhone 11 dan juga Nexus 5X.

Berbeza dengan HUAWEI P40 Pro Premium yang tersedia dengan sokongan penta kamera ‘Vario-Summilux – H 1:1.8-4.0/18-240 ASPH’, edisi biasa HUAWEI P40 Pro dilihat hanya dilengkapi kuad kamera ‘Vario-Summilux – H 1:1.8-3.4/18-125 ASPH’.

Namun sama seperti edisi premium, HUAWEI P40 Pro juga dijangka menyokong lensa utama 52MP dengan menggunakan sensor 1/1.3″ dan juga teknologi 16-in-1 Quad Quad Bayer. Ia juga dipercayai hadir dengan lensa 40MP Cine Cinema (1/1.5″ sensor), 8MP (Periscope) dengan 10x zum optikal dan juga 3D ToF sensor.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend