Imej Pengolokan Huawei P30 Pro Dedah Rupa Depan Dan Belakang Comments Off on Imej Pengolokan Huawei P30 Pro Dedah Rupa Depan Dan Belakang

Huawei kini bersiap sedia dengan peranti generasi terbaru siri-P yang akan dilancarkan pada bulan Mac depan. Sebelum gambar rasmi dikongsi, kita akan melihat gambar pengolokan terlebih dahulu.

Terbaru, rupa depan dan belakang Huawei P30 Pro tersebar di arena web memperlihatkan takuk titisan air dengan skrin melengkung yang kini digunakan pada peranti Mate 20 Pro. Jika dilihat pada bahagian earpiece, ia telah disunting seakan rekaan yang ada pada Mate 20 X.

Oleh kerana ia tampil dengan skrin penuh, tiada lagi ruang pengimbas cap jari seperti model terdahulu malah telah digantikan dengan pengimbas cap jari dalam skrin. Sementara pada bahagian belakang pula, gambar menunjukkan modul kamera yang diletakkan secara menegak bersama empat lensa kamera.

Tidak mustahil keempat-empatnya menyokong lensa RGB (sehingga 48MP), ultra-lebar, telefoto, dan ToF (pemetaan objek). Disamping itu, ia dimuatkan bersama dwi LED flash serta dwi speaker untuk rakaman video yang lebih baik.

Buat masa ini, teori yang diambil adalah mengikut khabar angin dan kita mungkin meilhatnya pada pelancaran rasmi kelak.

Baca juga:

→ Huawei P30 Pro Dilaporkan Menyokong 12GB RAM Dan Akan Diperkenalkan Pada Mac 2019 Nanti

→ Ketirisan Imej Huawei P30 Dan P30 Pro Memperlihatkan Rekaan Takuk Titisan Air Dengan Sokongan Hingga 4 Kamera

→ Kirin 985 Dipercayai Sedang Dibangunkan Dan Adakah Ia Akan Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti?!

→ Huawei P30 Dilaporkan Akan Menyokong Tiga Kamera Dengan Sokongan ‘5x Lossless Zoom’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend