Imej Pengolokan Huawei P Smart Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat Comments Off on Imej Pengolokan Huawei P Smart Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat

Buat masa ini kebanyakan peranti yang diperkenalkan oleh Huawei telah menampilkan rekaan skrin dengan kehadiran takuk kecil ataupun lubang kamera di dalam skrin. Tetapi trend itu mungkin akan berubah selepas imej pengolokan Huawei P Smart Z berjaya didedahkan oleh portal mobielkopen.

Melalui gambar yang telah dikongsikan itu, Huawei P Smart Z bakal menjadi telefon pintar pertama daripada Huawei menampilkan rekaan paparan skrin penuh tanpa kehadiran takuk ataupun lubang kamera. Malah peranti ini juga telah mengambil pendekatan untuk menggunakan rekaan kamera depan jenis terangkat.

Huawei P Smart Z dipercayai menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 6.59 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah 19.5:9. Ia juga akan dikuasakan dengan cipset Kirin 710, konfigurasi memori 4GB + 64GB dengan slot kad microSD, dan juga hadir dengan bateri berkapasiti 4000 mAh.

Kamera depan terangkat pada peranti ini menjanjikan kualiti swafoto beresolusi 16MP (f/2.0), manakala untuk kamera utamanya pula ia menyokong dwi kamera beresolusi 16MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4, Depth sensor). Lebih istimewa, panel belakang Huawei P Smart Z memiliki dua permukaan berbeza iaitu berkilat pada bahagian atas, dan bahagian bawahnya pula memiliki permukaan kusam (matte).

Huawei P Smart Z akan dioperasikan dengan EMUI 9.0 dan dipercayai akan dijual di Eropah pada harga sekitar €210 (kira-kira RM970).

Baca juga:

Huawei P Smart+ 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tiga Kamera 24MP Ultra Wide

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend