Imej Pengolokan Huawei Nova 5 Tertiris, Sokong Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Comments Off on Imej Pengolokan Huawei Nova 5 Tertiris, Sokong Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin 486

Awal bulan Mei yang lalu, sebuah telefon pintar misteri yang dipercayai model Huawei Nova 5 telah mula tertiris di Internet. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, ia dipercayai akan menyokong paparan skrin berukuran 6.39 inci FHD+, tiga kamera 48MP, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Melalui ketirisan gambar sarung pelindung dipercayai milik Huawei Nova 5 yang dikongsikan di Internet baru-baru ini, portal trendingleaks dilihat telah mula menghasilkan imej pengolokan berasaskan sarung pelindung tersebut. Sebagaimana spesifikasi awal yang dikongsikan sebelum ini, Huawei Nova 5 dikatakan akan menyokong tiga kamera, dan dipercayai hadir dengan sensor pengimbas cap jari dalam skrin.

Antara maklumat baharu yang berjaya diperolehi berdasarkan perkongsian di Internet, Huawei Nova 5 juga dikatakan menyokong USB Type-C dan juga hadir dengan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas kerangkanya. Memandangkan Huawei Nova 4 sebelum ini telah dikuasakan dengan cipset Kirin 970, berkemungkinan besar Huawei Nova 5 akan dioperasikan dengan Kirin 980.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Telefon Pintar Misteri Huawei Dipercayai Hadir Dengan Kirin 980, Skrin 6.39″ FHD+ dan Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend