Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S10+ Mula Dikongsikan Di Internet Comments Off on Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S10+ Mula Dikongsikan Di Internet

Setelah sekian lama khabar angin dan juga berita ketirisan tentang Samsung Galaxy S10+ (Galaxy S10 Plus)  tersebar di Internet, dan berdasarkan daripada maklumat yang diterima akhirnya imej dan juga video pengolokan untuk model itu telah berjaya didedahkan.

Melalui pendedahan yang telah dibuat, Samsung Galaxy S10+ akan menggunakan paparan skrin berukuran 6.44 inci Super AMOLED QHD+. Berbeza dengan generasi sebelum ini, ia bakal hadir dengan rekaan skrin baharu yang dikenali sebagai ‘Infinity-O’ yang akan menempatkan kamera swafoto di dalam skrin. Sebagaimana yang telah kami kongsikan pada Julai yang lalu, model ini akan hadir dengan sokongan dwi kamera hadapan.

Panel belakangnya pula dipercayai menyokong tiga kamera dengan rekaan mendatar mirip seperti rekaan dwi kamera pada Galaxy Note 9. Ketiga-tiga kamera itu terdiri daripada lensa RGB, sudut luas dan juga telefoto. Lebih menariknya, Samsung Galaxy S10+ yang berukuran 157.5 x 75 x 7.8mm ini juga akan turut menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin.

Sebagaimana peranti mercunya yang lain, Samsung dikatakan akan mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm dan juga butang dedikasi Bixby. Ia juga akan dikuasakan dengan Exynos 9820 ataupun Qualcomm Snapdragon 8150 (Snapdragon 855) untuk pasaran terpilih. Cipset ini dipercayai mampu menyokong RAM dengan kapasiti maksimum sehingga 12GB.

Imej pengolokan perbezaan saiz antara Samsung Galaxy S10+ dengan Apple iPhone XS Max.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend