Imej Panel Depan Dan Belakang Telefon Pintar Tesla Tertiris Comments Off on Imej Panel Depan Dan Belakang Telefon Pintar Tesla Tertiris

Tesla ialah sebuah syarikat automotif yang mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya. November tahun lepas, Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla telah bercadang untuk menghasilkan telefon pintar. Produk yang ingin dihasilkan itu dengarnya menggunakan kod nama ‘Quadra’.

Baru-baru ini terdapat pula imej tertiris menampakkan panel depan dan belakang peranti yang ingin dihasilkan. Panel tersebut menunjukkan telefon ini akan hadir dengan skrin penuh bertakuk dengan bezel nipis. Sementara panel belakang direka unik melalui potongan logo syarikat dan dibawahnya ada simbol dan angka nombor empat. Di bahagian paling bawah, terdapat satu garisan berlubang yang masih menjadi tanda tanya.

Kami yakin Elon Musk ada idea yang kreatif dan unik untuk telefon pintar keluarannya. Kita lihat saja otak beliau yang genius menghasilkan kereta elektrik yang mampu bergerak pantas serta teknologi yang selangkah ke hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend