Imej Motorola P30 Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Sebesar 6.2 Inci Tertiris Di Internet Comments Off on Imej Motorola P30 Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Sebesar 6.2 Inci Tertiris Di Internet

Melalui perkongsian yang telah dikongsikan oleh AndroidPure, Motorola dikatakan bakal hadir dengan siri P terbarunya yang akan didedahkan kepada umum di China tidak lama lagi. Menurut sumber, Motorola yang dimiliki oleh Lenovo ini akan memperkenalkan tiga model untuk siri tersebut dengan kemunculan Motorola P30, P30 Note dan juga P30 Play.

Lebih menariknya imej Motorola P30 juga telah berjaya diperolehi dengan memperlihatkan rekaan skrin bertakuk sebesar 6.2 inci dan juga bezel bahagian bawah yang menempatkan jenama Motorola. Walaupun tidak banyak spesifikasi yang berjaya didedahkan, Motorola P30 ini menggunakan nisbah paparan 19:9 dengan kemasan 2.5D.

Panel belakangnya pula boleh ditemui dwi kamera beresolusi 16MP + 5MP dengan aperture f/1.8 dan juga logo Motorola yang berkemungkinan besar turut menempatkan sensor pengimbas cap jari. Motorola P30 juga dipercayai menyokong lensa hadapan 12MP (aperture f/1.8) dengan sokongan AI dan AR.

Motorola P30 akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3000 mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 18W. Selain itu ia akan turut didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu 6GB + 64GB dan juga 6GB + 128GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend