Imej Honor Note 10 Rolls Royce Edition Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Imej Honor Note 10 Rolls Royce Edition Mula Tertiris Di Internet

Kemunculan model honor Note 10 telah mula tertiris di Internet pada awal Julai yang lalu melalui perkongsian gambar dan juga spesifikasi asas seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini. Sebagaimana kebanyakan pengeluar telefon pintar yang sering bekerjasama dengan pengeluar kereta mewah, honor juga nampaknya bakal mengikuti trend tersebut dengan penawaran edisi istimewanya tidak lama lagi.

Melalui perkongsian di Weibo, imej honor Note 10 Rolls Royce Edition mula didedahkan dengan menampilkan kerangka kaca dalam warna Mirror Silver yang turut menerima cetakan logo Rolls Royce pada bahagian belakangnya. Menurut sumber, honor Note 10 Rolls Royce Edition ini akan dijual pada harga CNY9,998 (kira-kira RM6,051).

Selain Mirror Silver, honor Note 10 dipercayai akan turut diperkenalkan dalam warna menarik yang lain seperti hitam, merah, biru, kuning, ungu, dan dua pilihan warna dengan tona berbeza yang dikenali sebagai ‘Phantom’.

Dengan harga yang agak mahal ini, berkemungkinan besar ia bukan sekadar menampilkan rekaan eksklusif dengan sentuhan logo Rolls Royce, tetapi mungkin menyokong spesifikasi terbaik berbanding varian biasa yang lain.

Spesifikasi asas honor Note 10:

  • Android 8.1
  • HiSilicon Kirin 970
  • 6.9 inci 2K
  • 64GB/128GB + RAM 6GB
  • Kamera utama: 16 Megapiksel + 24 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel
  • 6000 mAh (5V4.5A)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend