Imej Dan Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Kamera Swafoto Jenis Pop-up Dan Tiga Kamera Utama Comments Off on Imej Dan Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Kamera Swafoto Jenis Pop-up Dan Tiga Kamera Utama

Jika dilihat pada rekod pelancaran model keluaran OnePlus sebelum ini, OnePlus 7 berkemungkinan akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini, iaitu sekitar Mei atau Jun nanti. Setelah agak lama berita ketirisan tentang OnePlus 7 tidak dikongsikan di Internet, baru-baru ini OnLeaks telah mendedahkan imej pengolokan model itu kepada umum.

OnePlus 7 dipercayai menyokong skrin berukuran 6.5 inci dengan rekaan skrin penuh tanpa sebarang takuk, bahkan saiz bezel pada bahagian bawah paparannya juga kini tampil lebih kecil. Menariknya kamera swafoto untuk peranti ini telah menggunakan rekaan jenis pop-up mirip seperti Vivo NEX.

Berdasarkan imej pengolokan itu juga, OnePlus 7 dilihat menyokong tiga kamera yang ditempatkan di tengah-tengah panel belakangnya yang diperbuat daripada kaca. Namun begitu, sebagaimana yang diketahui, OnePlus masih tidak menawarkan ciri pengecasan tanpa wayar untuk model ini.

Spesifikasi lain yang diperolehi setakat ini turut menyaksikan sokongan Qualcomm Snapdragon 855, pengimbas cap jari pada skrin, dan juga teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30W.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend