Imej Dan Video Apple iPad Pro 12.9 (2018) Dilihat Tampil Dengan Rekaan Bezel Nipis Comments Off on Imej Dan Video Apple iPad Pro 12.9 (2018) Dilihat Tampil Dengan Rekaan Bezel Nipis

Dijangka akan diumumkan secara rasmi di dalam acara ucaptama tahunan yang akang berlangsung pada Oktober ini, Apple telah dilaporkan bakal memperkenalkan siri iPad Pro baharunya kepada umum. Bahkan pada minggu lepas juga kami ada mendedahkan bahawa iPad Pro generasi 2018 ini bakal membawakan beberapa fungsi menarik.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh mysmartprice dengan kerjasama @OnLeaks, rekaan iPad Pro 12.9 (2018) telah berjaya dikongsikan dalam bentuk imej dan juga video. Berbeza dengan rekaan iPad Pro sedia ada di pasaran, generasi baru ini dilihat hadir dengan rekaan yang lebih menarik kerana menyokong saiz bezel yang sangat nipis.

Rekaan sisi kerangka yang sebelum ini tampil lebih lembut juga telah digantikan dengan rekaan lebih bersegi mirip seperti rekaan iPhone 5 sebelum ini. Malah iPad Pro 12.9 (2018) ini juga tidak lagi disediakan dengan butang Home yang juga berfungsi sebagai Touch ID. Ini kerana ia dilaporkan akan menyokong kamera True Depth dengan keupayaan Face ID.

Berukuran 280.6 x 215 x 5.85mm, iPad Pro 12.9 (2018) ini juga dikatakan akan menyingkirkan sokongan bicu audio 3.5mm, tetapi ia dilihat memiliki satu butang misteri pada sisi kanan kerangkanya yang pada masa ini masih lagi tidak diketahui fungsinya. Selain itu bahagian panel belakangnya juga tersedia dengan Smart Connector untuk sambungan Smart Keyboard Cover.

Baca juga:

Apple iPad Pro Generasi Akan Datang Mungkin Hadir Dengan Fungsi Sambungan Magnetik, Face ID Dan Apple Pencil

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend