Imej Bocor Sarung Huawei P30 Dan P30 Pro Menunjukkan Empat Kamera Belakang Comments Off on Imej Bocor Sarung Huawei P30 Dan P30 Pro Menunjukkan Empat Kamera Belakang

Memandangkan Huawei P20 dan P20 Pro dilancarkan pada bulan Mac, kita juga boleh menjangka generasi seterusnya akan dilancarkan setahun kemudian iaitu pada Mac 2019. P20 Pro telah menggegarkan dunia gadget apabila menjadi telefon pintar pertama dengan tiga kamera. Terkini, beberapa imej bocor memperlihatkan sarung pelindung P30 dan P30 Pro dilengkapi empat kamera tersebar di internet.

Berdasarkan gambar di sebelah kiri, sarung P30 hadir dengan tiga kamera sebaris seperti model terdahulu. Potongan lubang di bawah pula adalah untuk LED flash, manakala potongan USB Type-C pula boleh dilihat di bahagian bawah sarung disamping lubang untuk bicu audio.

Sarung pada P30 Pro pula kelihatan mengalami potongan yang lebih besar untuk kamera belakang. Ia dipercayai untuk memberi laluan kepada konfigurasi empat kamera malah potongan yang kedua pula sudah semestinya untuk LED flash. Sama seperti tadi, terdapat lubang di bawah sarung untuk sambungan USB Type-C dan speaker. Buat masa ini, tiada pengesahan dibuat oleh Huawei sama ada akan mengembalikan bicu audio atau tidak.

Imej yang kedua telah menunjukkan sarung berwarna hitam bersama satu lagi butang tambahan di sebelah bawah kiri kerangka. Butang itu dikenal pasti adalah butang pintas untuk melancarkan kamera semasa pengguna memusingkan peranti dalam keadaan landskap.

Merujuk kepada dua gambar yang tertiris, anda mungkin perasan tiada lagi butang untuk pengimbas cap jari dan berkemungkinan besar dua peranti ini dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin seperti yang ada pada peranti Mate 20 Pro sekarang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend