Imej Acah Xiaomi Mi 9 Explorer Edition Mula Tertiris Dengan 4 Kamera Dan Panel Belakang Lut Sinar Comments Off on Imej Acah Xiaomi Mi 9 Explorer Edition Mula Tertiris Dengan 4 Kamera Dan Panel Belakang Lut Sinar 432

Baru sahaja Xiaomi Mi 9 disahkan akan dilancarkan secara rasmi di China menjelang 20 Februari nanti, hari ini satu lagi varian untuk model tersebut telah mula tertiris di Internet dengan kemunculan imej acah tidak rasmi Xiaomi Mi 9 Explorer Edition.

Xiaomi Mi 9 menyokong tiga kamera dengan panel belakang kaca dengan warna kecerunan.

Jika dilihat pada imej acah yang tertiris di laman Weibo ini, Xiaomi Mi 9 Explorer Edition jelas memperlihatkan identiti rekaan panel belakang kaca lut sinar yang sama seperti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition yang diperkenalkan pada tahun lepas. Sungguhpun begitu, apa yang menarik perhatian adalah sokongan empat kamera pada Mi 9 Explorer Edition berbanding model Mi 9 yang hanya menyokong tiga kamera.

Memandangkan tiada banyak maklumat yang didedahkan, terpaksalah kita nantikan pelancaran rasminya nanti. Apa yang pasti, berita tentang Xiaomi Mi 9 Explorer Edition bukanlah sesuatu yang baru kerana Lin Bin selaku Presiden Xiaomi sebelum ini telahpun mengesahkan kewujudan model ini.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada 20 Februari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend