Imej Acah Vivo NEX Dual Screen Kini Didedahkan Secara Rasmi, Memperlihatkan Tiga Ciri Utamanya Comments Off on Imej Acah Vivo NEX Dual Screen Kini Didedahkan Secara Rasmi, Memperlihatkan Tiga Ciri Utamanya

Pada minggu lepas kami ada berkongsi kemunculan sebuah peranti misteri yang dipercayai milik Vivo iaitu model NEX generasi kedua yang telah didedahkan oleh @VenyaGeskin1 dan juga mrwhosetheboss di dalam video YouTube. Jika sebelum ini ia dipercayai menggunakan nama Vivo NEX 2, nampaknya hari ini Vivo sendiri telah mula berkongsi tiga ciri utama peranti tersebut.

Melalui perkongsian poster pertama yang dikongsikan, perkara pertama yang difokuskan adalah Vivo NEX 2 berkemungkinan besar akan lebih dikenali sebagai model Vivo NEX Dual Screen. Manakala tiga imej acah dalam format GIF itu jelas mendedahkan tiga ciri utama Vivo NEX Dual Screen iaitu yang pertama adalah ia hadir dengan sokongan dua panel skrin.

Imej acah yang pertama memaparkan sokongan dwi skrin.

Ciri keduanya pula adalah penyediaan tiga kamera, sekaligus menjadikannya sebagai model pertama daripada Vivo tampil dengan sokongan tiga kamera utama. Ciri ketiga yang didedahkan adalah imej cahaya pelbagai warna yang mewakili ciri baharu yang dikenali sebagai ‘Lunar Ring’ untuk notifikasi LED.

Imej acah kedua memaparkan sokongan tiga kamera.
Imej acah ketiga pula mendedahkan ciri ‘Lunar Ring’ untuk notifikasi LED.

Sungguhpun begitu Vivo tidak pula mendedahkan lebih terperinci tentang Vivo NEX Dual Screen ini, tetapi ia mungkin memberi petanda kehadiran peranti ini di pasaran tidak lama lagi.

Baca juga:

Ketirisan Imej Vivo NEX 2 Dengan Dwi Skrin Dan Tiga Kamera Utama Tanpa Kamera Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend