Imej Acah ASUS ZenFone 6 Sah Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk, Dilancarkan 16 Mei Ini Comments Off on Imej Acah ASUS ZenFone 6 Sah Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk, Dilancarkan 16 Mei Ini

Pada Februari yang lalu, ASUS telahpun mendedahkan tarikh pelancaran rasmi peranti mercunya iaitu model ZenFone 6 yang akan berlangsung pada 16 Mei ini di Valencia, Sepanyol. Bahkan melalui perkongsian video acah sebelum ini, ASUS sendiri telah mengesahkan bahawa ZenFone 6 bakal hadir dengan revolusi rekaan, tetapi tiada banyak info yang didedahkan kepada umum.

Menariknya baru-baru ini ASUS sekali lagi telah berkongsi satu lagi imej acah rasmi yang memberi petunjuk awal rekaan ASUS ZenFone 6 di Twitter. Melalui imej tersebut, buat pertama kalinya ASUS akan menggunakan rekaan skrin penuh tanpa takuk untuk ZenFone 6 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sungguhpun begitu, masih tidak dapat disahkan lagi sama ada ASUS akan menggunakan rekaan kamera depan terangkat ataupun rekaan kerangka jenis gelongsor untuk ZenFone 6 itu nanti. Malah sebelum ini @evleaks juga sebelum ini telahpun berkongsi beberapa keping imej pengolokan peranti misteri daripada ASUS yang menampilkan rekaan yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend