Imbau Semula 7 Model Telefon Pintar OPPO Dengan Ciri Menarik Dalam Tempoh Satu Dekad Comments Off on Imbau Semula 7 Model Telefon Pintar OPPO Dengan Ciri Menarik Dalam Tempoh Satu Dekad

Memandangkan kini kita telahpun melangkah ke tahun 2020, OPPO baru-baru ini telahpun berkongsi 7 model telefon pintar keluarannya yang membawakan ciri menarik untuk tempoh satu dekad yang lalu. Jadi jom kita usha apakah kehebata teknologi yang pernah diperkenalkan oleh OPPO sepanjang tahun 2010 hingga 2019 yang lalu…

OPPO Find – Tahun 2011

Pada tahun 2011, OPPO telahpun melancarkan model pertama daripada siri OPPO Find yang juga dikenali sebagai model X903. Selain hadir dengan paparan skrin sentuh 480p sebesar 4.0 inci, ia juga dilengkapi dengan papan kekunci penuh yang boleh digelongsor dari sisi.

Namun bagi menghasilkan rekaan tersebut, OPPO Find boleh dikatakan sebagai telefon pintar paling tebal pernah dihasilkan oleh OPPO sehingga ke hari ini.

OPPO Finder – Tahun 2012

Berikutan daripada maklum balas terhadap rekaan yang sangat tebal, OPPO kini telah mula memfokuskan kepada pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan menghasilkan rekaan peranti yang lebih ringan dan nipis.

Ini sekaligus telah menyaksikan kemunculan telefon pintar ultra nipis dengan pelancaran model OPPO Finder. Bahkan model ini pernah mendapat perhatian ramai kerana memiliki ketebalan kerangka hanya 6.65mm sahaja.

OPPO Ulike2 – Tahun 2012

Kemunculan model OPPO Ulike2 telah menjadi titik permulaan terhadap ‘Era Swafoto Yang Dicantikkan’. Salah seorang pereka OPPO telah mula menggunakan idea untuk menghasilkan peranti yang bukan sahaja mampu mengambil gambar yang jelas, tetapi dalam masa yang sama kelihatan lebih cantik.

OPPO Ulike2 menjadi peranti OPPO pertama menyokong kamera depan beresolusi 5MP, yang turut dilengkapi dengan algoritma Beauty 2.0. Apabila diaktifkan, ia secara automatik akan menggunakan efek kecantikan untuk gambar swafoto yang lebih menarik.

OPPO N3 – Tahun 2014

Turut dikenali sebagai ‘Camera Master’, OPPO N3 merupakan model pertama merevolusikan konsep rekaan telefon pintar dengan kamera boleh putar.

Menampilkan sokongan lensa kamera beresolusi 16MP, OPPO N3 juga adalah telefon pintar pertama daripada OPPO yang menggunakan putaran kamera elektrik yang membolehkan kamera diputar secara automatik.

Lebih istimewanya, OPPO N3 turut didatangkan dengan rantai kunci ‘O-click’ yang membenarkan pengguna untuk mengawal putaran kamera dan mengambil gambar pada tanpa perlu memegang telefon pintar.

OPPO R9 – Tahun 2016

Pada tahun 2016, OPPO telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas baharu yang sangat popular pada ketika itu. Dikenali sebagai VOOC, teknologi ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada model OPPO R9.

OPPO R9 dikatakan mampu membuat panggilan sehingga 2 jam dengan pengecasan secepat 5 minit sahaja. Sebanyak 20 juta unit OPPO R9 telah berjaya dijual, iaitu meliputi 4% daripada perkongsian pasaran telefon pintar.

Pada 1 November 2016, OPPO R9 telah berjaya memenangi anugerah ‘Swan Award’ iaitu pengiktirafan tertinggi dalam rekaan telefon mudah alih dan juga inovasi di China.

OPPO Find X – Tahun 2018

OPPO Find X telah menyaksikan revolusi rekaan skrin dengan penampilan skrin penuh dan juga kamera depan yang tersembunyi. Pada ketika itu, OPPO Find X telah berjaya dinobatkan sebagai telefon pintar dengan nisbah skrin-ke-kerangka tertinggi dalam industri.

Menariknya disebabkan keunikan rekaan pada OPPO Find X, YouTuber terkenal MKBHD turut menganugerahkan ‘Best Design Award’ untuk peranti ini pada tahun 2018.

OPPO Reno 5G – Tahun 2019

Tahun lepas OPPO telah memperkenalkan siri baharu iaitu OPPO Reno dengan pengenalan dua model terbaiknya iaitu OPPO Reno 10x Zoom dan juga OPPO Reno 5G.

Hadir dengan sokongan teknologi 10x zum hibrid, OPPO Reno turut membawakan kelainan dengan rekaan kamera depan terangkat yang dikenali sebagai ‘Shark Fin’. Ia turut menyokong tiga kamera beresolusi 48MP + 13MP (Telephoto) + 8MP (Ultra Wide).

Tidak cukup dengan itu, OPPO Reno 5G juga merupakan telefon pintar 5G pertama yang dijual untuk pasaran Eropah.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend