Iklan Acah Dan Imej Sebenar Huawei P30 Pro Mula Dikongsikan Di Internet Comments Off on Iklan Acah Dan Imej Sebenar Huawei P30 Pro Mula Dikongsikan Di Internet

Tanggal 26 Mac 2019 ini merupakan satu tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana pada hari tersebut, Huawei dengan rasminya akan mula mendedahkan rekaan dan juga spesifikasi penuh siri Huawei P30 kepada umum.

Semakin hampir dengan tarikh pelancaran rasmi itu, Huawei dilihat telah mula berkongsi video pengiklanan awal untuk siri Huawei P30. Walaupun video itu hanya sekadar video acah, Huawei jelas memfokuskan terhadap keupayaan penggambaran pada peranti mercunya itu apabila mengesahkan penggunaan huruf ‘P’ yang merujuk kepada ‘Photography’.

Richard Yu sebelum ini dilihat bergambar dengan Huawei P30 Pro.

Selain itu, iklan itu turut menampilkan penggunaan cecair berbentuk bunga yang pada pendapat kami merujuk kepada keupayaan mod kamera super makro yang disokong pada siri Huawei Mate 20. Ini secara tidak langsung turut memberi petunjuk bahawa siri Huawei P30 bakal hadir dengan lensa ‘Ultra Wide Angle’.

Bahkan berdasarkan ketirisan imej sebenar Huawei P30 Pro yang dikongsikan oleh seorang individu dari Vietnam, model ini telah disahkan menyokong empat kamera. Lebih menariknya, lensa ketiga pada Huawei P30 Pro dilihat tampil dengan rekaan berbentuk empat segi yang dipercayai menyokong teknologi zum 10x jenis periskop.

Baca juga:

Imej Pengolokan Dan Konfigurasi Awal Kamera Huawei P30 Dan P30 Pro Dikongsikan

Gambar Sebenar Huawei P30 Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Tertiris

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend