IKEA Lancar Gedung Dalam Talian – Penghantaran Ke Seluruh Malaysia Comments Off on IKEA Lancar Gedung Dalam Talian – Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Gedung kelengkapan rumah terkenal, IKEA hari ini melancarkan stor dalam talian mereka di Malaysia. Melalui perkhidmatan ini ia sekaligus dapat memudahkan orang ramai mendapatkan kelengkapan rumah terus ke pintu tanpa perlu berkunjung ke gedung fizikal yang kini hanya terletak di semenanjung Malaysia iaitu di Damansara, Cheras, dan Tebrau.

Pelanggan kini boleh mencari dan membuat pesanan lebih daripada 9,000 produk pada bila-bila masa di mana sahaja. Pelanggan boleh memilih penghantaran dibuat sama ada menggunakan parsel ataupun trak IKEA. Bagaimanapun, caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada lokasi dan pilihan penghantaran yang dibuat.

Gerard Jansen (tengah) memperkenalkan IKEA.my

Bagi yang merasakan pengalaman membeli-belah di dalam talian kurang teruja, IKEA turut menawarkan halaman dekorasi bilik yang membolehkan pelanggan mendapatkan inspirasi. Selain itu, perkhidmatan pemasangan perabot turut ditawarkan.

Anda boleh layari gedung beli-belah dalam talian IKEA bermula hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend