Ibu Pejabat Vivo Baharu Ini Dilengkapi Pelbagai Kemudahan Untuk Kakitangan Comments Off on Ibu Pejabat Vivo Baharu Ini Dilengkapi Pelbagai Kemudahan Untuk Kakitangan

Kejayaan dan pertumbuhan global Vivo telah menjadi satu kejayaan yang tidak mampu dipertikaikan walaupun mereka ini pendatang baharu dalam industri telefon pintar. Berdasarkan laporan terbaru oleh Perbadanan Data Antarabangsa, Vivo kini berada dalam senarai 5 pengeluar telefon pintar terbesar dunia setakat suku pertama tahun ini.

Baru-baru ini juga Vivo baru sahaja menyiapkan projek pembinaan Ibu Pejabat terbaru mereka di China. Konsep yang diketengahkan adalah berasaskan alam semula jadi serta moden selaras dengan arus perkembangan teknologi yang Vivo bawakan.

Jambatan berbentuk ‘V’ yang inovatif turut menghubungkan hampir semua blok bangunan di kawasan Ibu Pejabat. Ia direka bukan hanya melambangkan logo jenama tetapi dibina untuk menahan jambatan daripada ribut taufan.

Ruang kerja dalaman pula berdindingkan cermin bagi memaksimumkan pencahayaan sekaligus memberikan rasa yang ringan serta luas.

Amfiteater pula direka untuk taklimat produk, mesyuarat, dan seminar bahkan boleh dijadikan sebagai panggung wayang.

Oleh kerana Ibu Pejabat ini dibina di atas sebidang tanah yang luas, Vivo telah mendirikan pelbagai kemudahan seperti mewujudkan banyak taman, kawasan tempat duduk, dan pusat kecergasan untuk kakitangan mereka beriadah.

Vivo memahami bahawa kesihatan fizikal yang kurang baik boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang. Jadi, bagi memastikan pekerja mereka berada dalam kekal sihat, sejumlah aktiviti R&R (rehat dan santai) telah dimasukkan ke dalam kampus antaranya adalah studio tarian, studio yoga, ruang permainan seperti ping pong, snuker, dan kolam renang.

Selain daripada itu, bagi memenuhi kelengkapan fasiliti, Vivo telah membina kuaters kediaman untuk kakitangan mereka.

Untuk pengetahuan anda, Ibu Pejabat baharu di China ini akan dirasmikan pada pertengahan Mei 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend