IBM Dirombak, Ginni Rometty Serah Tugas Kepada Arvind Krishna April Ini Comments Off on IBM Dirombak, Ginni Rometty Serah Tugas Kepada Arvind Krishna April Ini

IBM, pembekal perkakasan dan perisian komputer dari New York baru-baru ini telah mengumumkan rombakan dalam organisasi syarikat. Rometty difahamkan akan meletak jawatan beliau pada April ini dengan penggantian nama baharu.

Ginni Rometty yang selama ini bertanggungjawab mengelola IBM dikatakan bakal menyerahkan tugas beliau kepada Arvind Krishna tidak lama lagi.

Krishna yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Kanan untuk Unit Awan dan Perisian Kognitif IBM telah dinaikkan pangkat sebagai CEO berikutan prestasi cemerlang beliau sepanjang berada di IBM. Selepas lapan tahun, Krishna akhirnya telah dipilih sendiri oleh Rometty untuk memacu IBM ke era baharu.

Baca: HUAWEI Tersenarai 10 Jenama Paling Bernilai 2020 Buat Pertama Kalinya

Romitty meninggalkan kerusi beliau adalah disebabkan syarikat mengalami kemerosotan saham dagangan sebanyak lebih 25% sepanjang perkhidmatan beliau. Perkara ini turut dibuktikan apabila IBM meneruni tiga anak tangga ke tempat yang ke-43 sebagai jenama paling bernilai di dunia baru-baru ini.

Bagaimanapun Rometty akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif IBM sehingga hujung 2020.

Arvind Krishna bukanlah individu pertama berbangsa India yang memimpin syarikat gergasi di A.S bahkan jawatan yang sama juga telah disandang oleh Sundar Pichai di Google sejak 2015.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend