HWG Cash Diperkenalkan Di Malaysia – Token Tunai Yang Dikawal Selia Pertama Di Asia Comments Off on HWG Cash Diperkenalkan Di Malaysia – Token Tunai Yang Dikawal Selia Pertama Di Asia

Penyedia penyelesaian pembayaran rantai blok terkemuka, HWGG Capital P.L.C hari ini memperkenalkan HWG Cash – token tunai yang ditambat pada wang fiat untuk menyelesaikan masalah berhubung ketidakpastian dan ketidaktentuan mata wang kripto.

HWG Cash merupakan token tunai berlesan yang pertama di rantau Asia malah menjadi satu-satunya token tunai yang stabil dan paling selamat diantara mata wang kripto yang lain. Sistem token ini juga dilaporkan sudah mendapat kelulusan dan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Setiap token HWG Cash yang beredar dalam pasaran telah ditambat pada mata wang dolar Amerika bertujuan untuk memastikan nilainya kekal stabil. Ini sekaligus dapat menghapuskan sebarang risiko turun naik harga yang tidak menentu sebagaimana yang berlaku pada token digital lain di pasaran.

Token ini boleh digunakan oleh pengguna biasa mahupun perniaga melalui aplikasi pembayaran terbaharu milik syarikat HWGPay yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Menerusi teknologi rantai blok, HWGPay ialah sebuah dompet aset digital yang boleh digunakan untuk menyimpan, menghantar, menerima, dan membuat pembayaran menggunakan aset digital serta token tunai seakan Bitcoin, Ethereum, dan HWG Cash.

HWGPay merupakan pelengkap kepada HWG Cash yang memudahkan pengguna melaksanakan transaksi aset digital di dalam talian dengan cara paling selamat berlandaskan undang-undang. Proses penukaran wang fiat kepada token HWG Cash adalah sangat mudah. Pengguna terlebih dahulu perlu mendeposit wang fiat mereka ke dalam akaun HWGG Capital P.L.C yang ditetapkan untuk ditukarkan kepada token HWG Cash. Ia membolehkan mereka menggunakan token berkenaan untuk membuat pembayaran serta transaksi aset digital melalui aplikasi HWGPay.

Begitu juga apabila pengguna mahu membuat pengeluaran, mereka boleh menebus token HWG Cash kepada wang fiat dengan mudah menggunakan platform yang disediakan oleh syarikat berkenaan, di mana ia kemudiannya akan dikreditkan ke dalam akaun bank si pengeluar.

Melalui penawaran ini para pengguna serta peniaga tidak lagi perlu bimbang tentang naik turun harga yang tidak menentu, risiko keselamatan, caj tambahan atau gangguan daripada pihak ketiga apabila melakukan transaksi aset digital.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend