HUAWEI Y9s Kini Rasmi Dengan Tiga Kamera Belakang, Skrin Penuh Berbezel Nipis Comments Off on HUAWEI Y9s Kini Rasmi Dengan Tiga Kamera Belakang, Skrin Penuh Berbezel Nipis 310

HUAWEI hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu HUAWEI Y9s, sebuah telefon kelas pertengahan yang telah dijenamakan semula daripada HONOR 9X Pro. Bezanya, ia dijana cip pemproses Kirin 710F dan bukan Kirin 810.

HUAWEI Y9s dilengkapi paparan penuh tanpa takuk dan lubang kamera menerusi skrin IPS 6.59-inci FHD+. Kelengkapan dalaman menempatkan memori sehingga 6GB RAM, storan seluas 128GB, dan dijalankan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android Pie. Sokongan kad microSD juga diberikan yang mana boleh mencapai sehingga 512GB.

Pada jabatan kamera, Y9s memiliki kamera pop-naik 16MP dan mengenakan konfigurasi trikamera 48MP utama, 8MP ultralebar, dan 2MP kedalaman. Bateri yang menguasakan peranti adalah sebesar 4000mAh melalui sambungan USB-C. Butang fizikal kuasa pula juga merangkap kepada sistem biometrik pengimbas cap jari.

HUAWEI Y9s ditawarkan di Iraq pada harga USD239 (~RM988) dan masih tidak jelas adakah ia didatangkan dengan GMS ataupun tidak. Menariknya, ada khabar angin dari kakitangan HUAWEI Malaysia sendiri mengatakan peranti ini akan memasuki Malaysia bulan hadapan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend