HUAWEI Y9s Akan Dijual Di Malaysia Mulai 29 November – RM999 Percuma HUAWEI Band 4 Comments Off on HUAWEI Y9s Akan Dijual Di Malaysia Mulai 29 November – RM999 Percuma HUAWEI Band 4 176

HUAWEI Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan ketersedian telefon pintar terbaru HUAWEI Y9s untuk pasaran tempatan. Peranti ini akan berada di kedai-kedai seluruh Malaysia mulai 29 November 2019 pada harga RM999 sebuah.

Bersempena dengan pelancarannya, setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma iaitu seutas gelang pintar HUAWEI Band 4 bernilai RM139. Oang ramai yang ingin mendapatkan HUAWEI Y9s, mereka boleh mengunjungi mana-mana HUAWEI Experience Store, kedai HUAWEI, dan kedai dalam talian HUAWEI bermula Jumaat ini. Hadiah bergantung kepada pembeli terawal sahaja selagi stok masih ada.

HUAWEI Y9s hadir dengan paparan FHD+ 2340 x 1080, memori 6GB RAM, dan 128GB storan. Peranti menyertakan bateri 4000mAh yang menjana cip pemproses Kirin 710F, dan trikamera belakang 48MP dengan sokongan AI dan Night mode.

HUAWEI Y9s Kini Rasmi Dengan Tiga Kamera Belakang, Skrin Penuh Berbezel Nipis

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend