HUAWEI Y9 Prime 2019 Turun Harga Untuk Beri Laluan Kepada Y9s Baharu Comments Off on HUAWEI Y9 Prime 2019 Turun Harga Untuk Beri Laluan Kepada Y9s Baharu 194

Hari ini merupakan bermulanya jualan HUAWEI Y9s di Malaysia. Peranti terbaru ini hadir dengan paparan Ultra FullView LCD bersaiz 6.59-inci dengan trikamera belakang 48MP. Bagi memberi laluan kepadanya, HUAWEI Malaysia telah mengemas kini harga untuk HUAWEI Y9 Prime 2019.

HUAWEI Y9 Prime kini berharga RM799 (RM899) seunit dan boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store serta wakil penjual sah seluruh negara. Y9 Prime dilancarkan di Malaysia pada 27 Julai yang lalu. Ia turut dilengkapi paparan skrin penuh seperti Y9s malah spesifikasinya juga hampir sama.

Perbezaan utama antara dua telefon ini ialah pada lensa kamera yang mana Y9 Prime guna kamera 16MP, manakala Y9s dengan lensa 48MP. Selain itu, memori Y9 Prime ialah 4GB/128GB sementara Y9s pula 6GB/128GB.

Baca juga:

[Eksklusif] Pandang Pertama HUAWEI Y9s, Telefon Yang Masih Ada Google

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend