Huawei Y9 Prime 2019 Tertiris Dengan Rekaan Kamera Depan Terangkat Dengan Tiga Kamera Utama Comments Off on Huawei Y9 Prime 2019 Tertiris Dengan Rekaan Kamera Depan Terangkat Dengan Tiga Kamera Utama

Pada bulan lepas, ketirisan imej Huawei P Smart Z telah memperlihatkan rekaan kamera depan terangkat yang pertama daripada Huawei untuk pasaran Eropah. Kini satu lagi telefon pintar terbaharu yang menampilkan rekaan kamera depan yang sama telah tertiris iaitu model Huawei Y9 Prime 2019.

Ketirisan berita ini mungkin ada kesahihannya kerana salah satu imej yang dikongsikan itu merupakan gambar yang telah diambil di kedai menjual telefon pintar. Berdasarkan perkongsian yang didedahkan, Huawei Y9 Prime 2019 tampil dengan sokongan spesifikasi yang sama seperti Huawei P Smart Z, kecuali pada sokongan tiga kamera utamanya.

Huawei Y9 Prime 2019 dipercayai dikuasakan dengan Kirin 710, konfigurasi memori 4GB + 128GB, kamera depan terangkat beresolusi 16MP (f/2.2), dan juga tiga kamera utama beresolusi 16MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4, Ultra Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth sensor). Ia juga menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sambungan pengecasan USB Type-C, dan juga menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 6.59 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah 19.5:9.

sumber

Baca juga:

Imej Pengolokan Huawei P Smart Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend