Huawei Y9 Prime (2019) Diperkenalkan Dengan Kamera Depan Terangkat, Tri-Kamera Belakang Comments Off on Huawei Y9 Prime (2019) Diperkenalkan Dengan Kamera Depan Terangkat, Tri-Kamera Belakang

Baru-baru ini Huawei telah melancarkan Huawei P Smart Z untuk beberapa pasaran Eropah. Ia merupakan telefon pintar pertama Huawei dengan kamera depan terangkat. Hari ini, mereka sekali lagi dilaporkan telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar dengan rekaan seumpamanya tetapi secara senyap-senyap iaitu Huawei Y9 Prime (2019).

Huawei Y9 Prime (2019) diperlihatkan di laman sesawang rasmi Huawei. Telefon pintar ini memiliki konfigurasi yang sama seperti P Smart Z menerusi skrin FullView Display 6.59-inci 2340 x 1080 piksel, cipset Kirin 710F, 4GB RAM, dan 64GB ruang storan yang boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 512GB.

Sementara Huawei P Smart Z tersedia dengan pilihan memori 4GB+64GB, Y9 Prime (2019) pula didatangkan dengan satu lagi varian tambahan iaitu 4GB+128GB memori.

Perbezaan antara Y9 Prime (2019) dengan P Smart Z adalah di bahagian kamera belakangnya. Y9 Prime (2019) tampil dengan satu lagi kamera tambahan sekaligus menjadikan tri-kamera 16MP f/1.8 + 2MP f/2.4 + 8MP ultra lebar. Kamera depan masih lagi sama iaitu 16MP f/2.2.

Bagi melengkapkan peranti, ia turut menyediakan sokongan dwi-SIM 4G, Wi-Fi 802.11ac (2.4GHz + 5GHz), Bluetooth 4.2 LE, GPS + GLONASS, NFC, dan USB Type-C. Tiada pengimbas cap jari dalam skrin sebaliknya dimuatkan dengan sistem biometrik di panel belakang.

Buat masa ini, pihak Huawei masih belum mengumumkan tanda harga peranti. Memandangkan ia hadir dengan tiga kamera dan memori yang lebih besar, ia dikhabarkan akan dijual sedikit mahal berbanding Huawei P Smart Z.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend