HUAWEI Y9 Prime 2019 Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 Comments Off on HUAWEI Y9 Prime 2019 Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 266

Dijual secara rasmi pada hujung Julai yang lepas, HUAWEI Y9 Prime merupakan telefon pintar dengan rekaan kamera depan terangkat paling murah di pasaran. Melalui retweet daripada HUAWEI India, peranti mampu milik terbaharunya itu telah dilaporkan sudah mula menerima kemas kini rasmi EMUI 9.1

Melalui kemas kini EMUI 9.1 untuk HUAWEI Y9 Prime 2019, ia akan menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik termasuklah GPU Turbo 3.0, sistem fail EROFS untuk mempertingkatkan prestasi, GPU Turbo 3.0, HUAWEI Vlog, HUAWEI Share OneHop, nada dering video, dan banyak lagi.

Buat masa ini penerimaan kemas kini EMUI 9.1 untuk peranti ini hanya diterima oleh pengguna di India sahaja, dan ia dipercayai akan diberikan secara berperingkat-peringkat ke negara lain dalam masa terdekat ini. HUAWEI Y9 Prime 2019 ditawarkan pada harga RM899 dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Sapphire Blue dan juga Emerald Green.

Spesifikasi HUAWEI Y9 Prime 2019:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • HiSilicon Kirin 710F
  • 4GB + 128GB
  • 6.59 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 16MP
  • Kamera utama: 16MP + 8MP + 2MP
  • 4000mAh (USB Type-C)
  • 163.5 x 77.3 x 8.8mm / 196.8g
  • Pilihan warna: Midnight Black, Sapphire Blue, Emerald Green

Miliki HUAWEI Y9 Prime 2019 berharga RM899 hanya di HUAWEI Online Official Store

Tonton video buka kotak:

Baca juga:

Pelbagai Jenis Ujian Ketahanan Yang Dijalankan Pada HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Diperlihatkan Dalam Video

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend