Huawei Y9 2019 Tiba Di Malaysia 11 November – Harga Mungkin Dibawah RM1,000? 0 400

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan pihaknya akan membawa masuk sebuah peranti terbaharu ke pasaran tempatan hujung minggu ini. Peranti yang dinamakan Huawei Y9 2019 bakal hadir kepada pengguna dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Bersempena kempen beli-belah dalam talian terbesar 11.11, Huawei Y9 2019 bakal memberi saingan kepada pasaran telefon pintar bawah RM1,000 (diharapkan) di Malaysia. Namun begitu, pihak Huawei mengambil keputusan untuk merahsiakan harga dan ketersediaan sehingga diberitahu kelak.

Huawei Y9 2019 ialah peranti yang menawarkan skrin FullView Display 6.5-inci FHD+ yang diperkasakan cipset Kirin 710 selain dibekalkan bateri sebesar 4,000mAh. Peranti ini dipadankan bersama empat kamera dua di depan dan dua di belakang, malahan ia juga dioperasikan sistem antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo. Daripada segi grafik, ia turut menawarkan GPU Turbo seperti abang-abangnya di kelas lebih atas.

Apa-apapun, pihak Huawei akan mengumumkan harga dan ketersediaan Huawei Y9 2019 dalam tempoh terdekat, jadi kita tunggu sehingga berita lanjut daripada mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend