Huawei Y9 2019 Diperkenalkan Di Beberapa Negara – Empat Kamera Berkuasa AI, Kirin 710 Comments Off on Huawei Y9 2019 Diperkenalkan Di Beberapa Negara – Empat Kamera Berkuasa AI, Kirin 710

Syarikat gergasi China, Huawei telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bakal melancarkan peranti terbaharu Huawei Y9 2019 di sejumlah negara Mediterranean timur pada pertengahan bulan ini. Peranti kelas pertengahan ini disasarkan kepada pengguna di negara Greece, Syria, Turki, Mesir, Jordan, Cyprus, Lebanon, dan negara-negara yang berdekatan.

Setakat ini apa yang diketahui ialah Huawei Y9 2019 dilengkapi cipset Kirin 710 dan ia digandingkan bersama pilihan memori 4GB atau 6GB RAM dan 64GB atau 128GB storan. Peranti ini menyediakan paparan skrin berukuran 6.5-inci FHD+ serta memiliki takuk dan ruang dagu yang nipis.

Rekaan badan Huawei Y9 2019 dibina menggunakan panel kaca melengkung dengan empat pilihan warna hitam, hijau, merah jambu, dan warna gradien. Pada jabatan kamera, peranti ini menawarkan empat lensa – dua daripadanya adalah kamera utama 13MP + 2MP dan dua selebihnya 16MP + 2MP untuk kamera depan. Walaupun bukan sebuah peranti induk, sistem penggambaran pada peranti ini turut menyokong teknologi kecerdasan buatan (AI 7.0).

Bagi melengkapkan spesifikasi, Huawei Y9 2019 dikuasakan bateri sebesar 4,000mAh, sensor biometrik, paparan antaramuka EMUI 8.1 berasaskan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Tiada pengenalan harga dibuat setakat ini serta ketersediaannya di pasaran Malaysia.

Sementara itu, anda juga boleh dapatkan peranti kelas pertengahan Huawei yang lain seperti Huawei Nova 3 Primrose Gold terbaharu pada harga RM1,919 di kedai rasmi dalam talian Huawei Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend