Huawei Y9 (2019) Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie Comments Off on Huawei Y9 (2019) Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie 291

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hujung tahun 2018, Huawei Y9 (2019) merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang dijual pada harga RM899. Dengan sokongan Kirin 710 dan bateri berkapasiti 4000 mAh, ia telah dioperasikan dengan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Setelah sekian lama menanti, nampaknya sudah ada khabar gembira buat pemilik Huawei Y9 (2019) apabila ada pengguna di Twitter telah mengesahkan sudah mula menerima kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Tampil dengan fail kemas kini sebesar 3.19GB, kemas kini itu mula ditawarkan untuk nombor model JKM-LX1.

Bahkan berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Huawei India melalui akaun Twitter rasminya, ketersediaan kemas kini versi stabil EMUI 9.0 untuk Huawei Y9 (2019) telah disahkan akan bermula sekitar pertengahan bulan Jun 2019 ini. Namun begitu, seperti biasa kemas kini tersebut akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Miliki siri Huawei Y secara eksklusif hanya di Huawei Online Official Store:

Baca juga:

[Ulasan] Huawei Y9 2019 – Peranti 4 Kamera Huawei Paling Murah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend