HUAWEI Y7p Berharga RM699 Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini Comments Off on HUAWEI Y7p Berharga RM699 Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini

Awal minggu ini HUAWEI Malaysia secara senyap telah memperkenalkan telefon pintar baharu HUAWEI Y7p untuk pasaran tempatan. Namun harga tidak didedahkan tetapi dengan bantuan sumber dalaman, kami berjaya mendapatkannya.

HUAWEI Y7p sah dijual pada harga RM699 seunit dan mula berada di meja pameran HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia hari ini. Spesifikasinya telah kami kongsikan dalam artikel lepas (klik sini) yang mana peranti ini diletakkan di bawah kelas pertengahan-bawah.

Di Malaysia, HUAWEI Y7p ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan juga Aurora Blue. Sedikit menarik tentangnya, warna kerangka telefon ini hadir dengan tona gradien mengikut warna pada panel kaca belakang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend