Huawei Y7 Prime (2019) Faux Leather Special Ediiton Diperkenalkan Comments Off on Huawei Y7 Prime (2019) Faux Leather Special Ediiton Diperkenalkan

Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar edisi istimewa yang dinamakan Huawei Y7 Prime (2019) Faux Leather Special Edition. Ia merupakan peranti kelas pertengahan-bawah yang mengenakan rekaan panel badan berasaskan kulit sintetik.

Huawei Y7 Prime (2019) Faux Leather hadir dengan paparan IPS 6.26-inci HD+ yang dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 450 berserta memori 3GB RAM dan 64GB storan. Pada jabatan kamera, ia dimuatkan dwi-sensor 13MP+2MP di belakang dan 16MP di bahagian depan. Sistem perisian pula dijalankan oleh EMUI 8.2 di atas Android 8.2 Oreo.

Telefon pintar ini ditawarkan di Pakistan dengan tanda harga PRK 30,999 (~RM910) sebuah. Bagaimanapun, ketersediaannya untuk pasaran lain masih belum diketahui.

Di Malaysia telefon pintar yang lebih kurang serupa dengannya adalah Huawei Y Max yang dijual pada harga RM1,299. Ia memiliki skrin yang lebih besar berukuran 7.12-inci dan dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660. Bateri yang dimuatkan pula adalah sebesar 5,000mAh dan dijana sistem operasi EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Beli Huawei Y Max: https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend