
Seminggu selepas dua model telefon pintar mampu milik iaitu HUAWEI Y6P dan juga HUAWEI Y5P dilancarkan secara rasmi di pasaran Romania dan Kemboja. Kini kedua-dua model itu telahpun disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 Mei ini.
Berdasarkan pendedahan di laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Y6P dan HUAWEI Y5P masing-masing akan dijual pada harga RM559 dan juga RM359. Pembelian kedua-dua model ini juga akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM136.20.
Kedua-dua model ini akan dikuasakan dengan EMUI 10.1 berasaskan Android 10 dan sebagaimana model baharu keluaran HUAWEI yang lain, ia akan hadir dengan sokongan AppGallery bagi menggantikan aplikasi Google Play Store.
HUAWEI Y6P ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Phantom Purple, dan Emerald Green, manakala HUAWEI Y5P pula akan tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Black dan Phantom Blue.
Spesifikasi HUAWEI Y6P dan HUAWEI Y5P:
HUAWEI Y6P | HUAWEI Y5P | |
Versi | EMUI 10.1 (Android 10) | EMUI 10.1 (Android 10) |
Cipset | MediaTek Helio P22 4x Cortex A53 2.0GHz + 4x Cortex A53 1.5GHz | MediaTek Helio P22 4x Cortex A53 2.0GHz + 4x Cortex A53 1.5GHz |
Memori | 4GB + 64GB microSD sehingga 512GB | 2GB + 32GB microSD sehingga 512GB |
Skrin | 6.3 inci IPS LCD 1600 x 720 piksel | 5.45 inci IPS LCD 1440 x 720 piksel |
Kamera depan | 8MP (f/2.0) | 5MP (f/2.2) |
Kamera utama | 13MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) | 13MP (f/2.0) |
Bateri | 5000mAh | 3020mAh |
Sambungan | WiFi 802.11n, Bluetooth 5.0 | WiFi 802.11n, Bluetooth 5.0 |
Sensor | Fingerprint sensor, Ambient Light, Proximity, Gravity sensor | Ambient Light, Proximity, Gravity sensor |
Baca juga: