Huawei Y6 Pro 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Takuk Titisan Air Dan Panel Belakang Mirip Seperti Kulit Comments Off on Huawei Y6 Pro 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Takuk Titisan Air Dan Panel Belakang Mirip Seperti Kulit

Dalam diam-diam, Huawei telah melancarkan model terbarunya daripada siri Y dengan penawaran Huawei Y6 Pro 2019 untuk pasaran di Sri Lanka. Apa yang menariknya tentang model ini adalah penampilan rekaan fizikalnya yang kelihatan mirip seperti Huawei Y Max, tetapi dijelmakan dalam saiz skrin yang lebih kecil.

Huawei Y6 Pro 2019 menyokong skrin berukuran 6.09 inci Dewdrop FullView HD+ (1520 x 720 piksel), dioperasikan dengan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga tersedia dengan konfigurasi memori 3GB + 32GB. Walau bagaimanapun, buat masa ini pemproses yang digunakan untuk model ini tidak pula didedahkan.

Aspek penggambaran Huawei Y6 Pro 2019 pula menampilkan sokongan satu lensa utama beresolusi 13MP, dan juga kamera swafoto beresolusi 8MP. Pada panel belakang yang diperbuat daripada plastik dengan kemasan seperti kulit ini tidak tersedia dengan sensor pengimbas cap jari, sebaliknya menyokong fungsi face unlock.

Hadir dengan bateri berkapasiti 3000 mAh, Huawei Y6 Pro 2019 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Amber Brown dan juga Midnight Black.

Baca juga:

Huawei Y7 Pro 2019 Dengan Qualcomm Snapdragon 450 Dan Bateri 4000 mAh Dilancarkan Di Vietnam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend