Huawei Y6 2019 Kini Rasmi Dengan Helio A22, 2GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakang Comments Off on Huawei Y6 2019 Kini Rasmi Dengan Helio A22, 2GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakang 557

Pada penghujung Januari 2019 yang lalu, Huawei telah melancarkan model Huawei Y6 Pro 2019 untuk pasaran di Sri Lanka, dan kini varian yang lebih rendah iaitu Huawei Y6 2019 pula telah diperkenalkan secara rasmi di China.

Apa yang membezakan Huawei Y6 2019 ini adalah memori RAM didatangkan dalam kapasiti yang lebih kecil iaitu hanya 2GB sahaja. Namun begitu jika Huawei Y6 Pro 2019 hanya menyokong ciri keselamatan biometrik menggunakan kaedah pengecaman wajah sahaja, Huawei Y6 2019 dilihat hadir dengan tambahan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Untuk sokongan spesifikasi yang lain, Huawei Y6 2019 adalah sama sahaja seperti model Huawei Y6 Pro 2019 iaitu dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio A22, dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, hadir dengan skrin HD+ berukuran 6.09 inci, ruang storan 32GB, dan juga bateri 3020 mAh.

Keupayaan penggambarannya juga adalah sama iaitu 13MP (f/1.8) untuk kamera utama, dan 8MP untuk kamera depan. Huawei Y6 2019 didatangkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Sapphire Blue dan Amber Brown. Walau bagaimanapun harga dan juga tarikh jualannya masih lagi tidak didedahkan.

Beli siri Huawei Y anda hari ini:

Baca juga:

Huawei Y6 Pro 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Takuk Titisan Air Dan Panel Belakang Mirip Seperti Kulit

Huawei Y7 Pro 2019 Dengan Qualcomm Snapdragon 450 Dan Bateri 4000 mAh Dilancarkan Di Vietnam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend