Huawei Y5 Lite Dengan Sokongan Platform Android Go Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Huawei Y5 Lite Dengan Sokongan Platform Android Go Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Huawei sebelum ini pernah memperkenalkan telefon pintar Android Go pertamanya pada Mei 2018 yang lalu dengan penawaran model Huawei Y3 (2018) untuk pasaran terpilih. Kini tidak sampai setahun, Huawei sekali lagi telah melancarkan peranti Android Go keduanya dengan pelancaran model Huawei Y5 Lite.

Huawei Y5 Lite dikuasakan dengan MediaTek MT6739, 1GB RAM, ruang storan 16GB, slot kad microSD, dan juga skrin bernisbah 18:9 sebesar 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel) tanpa kehadiran takuk. Ia juga dioperasikan oleh platform Android Go dalam versi 8.1 Oreo dan juga dijana dengan bateri berkapasiti 3020 mAh.

Dari segi penggambaran pula, ia menyokong kamera utama beresolusi 8MP (f/2.0) dan juga kamera depan 5MP (f/2.2) dengan sokongan LED Flash. Manakala untuk sambungan pula, Huawei Y5 Lite hadir dengan WiFi 802.11n, Bluetooth v4.2, microUSB dan juga bicu audio 3.5mm.

Huawei Y5 Lite sudah mula dijual di Pakistan pada harga PKR16,500 (kira-kira RM489) dan akan ditawarkan dalam dua warna iaitu biru ataupun hitam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend