Huawei Y5 2019 Tertiris Dengan Sokongan Helio A22, EMUI 9, Skrin 5.71″ HD+ dan Kamera 13MP Comments Off on Huawei Y5 2019 Tertiris Dengan Sokongan Helio A22, EMUI 9, Skrin 5.71″ HD+ dan Kamera 13MP 333

Kemunculan telefon pintar bajet keluaran Huawei iaitu model Huawei Y5 2019 sebelum ini telahpun mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Ekonomi Eurasian (EEC). Menariknya kali ini portal TigerMobiles.com pula telah berjaya mendedahkan sokongan spesifikasi Huawei Y5 2019.

Tampil dengan paparan skrin 5.71 inci HD+ beresolusi 1520 x 720 piksel, Huawei Y5 2019 menyokong rekaan takuk kecil dengan paparan skrin bernisbah 19:9. Ia juga dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio A22 (MT6761), dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, dan juga menyokong RAM berkapasiti 2GB.

Manakala panel belakangnya pula tampil dengan kerangka plastik menyerupai kulit yang lengkap dengan sentuhan jahitan palsu, mirip seperti rekaan Huawei Y Max. Bahagian ini juga turut menempatkan satu kamera utama beresolusi 13MP dan tiada sensor pengimbas cap jari dapat ditemui. Jadi berkemungkinan besar Huawei Y5 2019 menyokong ciri pengecaman wajah untuk kaedah keselamatan biometrik.

Buat masa ini tiada tarikh pelancaran dan juga harga untuk Huawei Y5 2019 didedahkan kepada umum.

Baca juga:

Huawei Y5 Lite Dengan Sokongan Platform Android Go Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend