Huawei Y5 2019 Disahkan Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM459 Bermula 31 Mei 2019 Comments Off on Huawei Y5 2019 Disahkan Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM459 Bermula 31 Mei 2019

Huawei Y5 2019 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Eropah pada hujung bulan April 2019 yang lalu, dan menariknya hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan penawaran model ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian yang dibuat di laman Twitter, Huawei Malaysia telah mengesahkan untuk mula menawarkan Huawei Y5 2019 pada harga RM459 bermula 31 Mei 2019 nanti. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kedua-dua warna iaitu biru dan coklat akan ditawarkan untuk pengguna tempatan.

Jika dilihat pada spesifikasi Huawei Y5 2019 untuk pasaran Eropah, ia dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio A22, dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, menyokong skrin 5.71 inci HD+ (1520 x 720 piksel), bateri 3020 mAh, dan juga ditawarkan dalam dua varian iaitu 2GB + 16GB atau 3GB + 32GB.

Dari segi penggambaran pula, ia hadir dengan kamera utama beresolusi 13MP (f/1.8) dan juga kamera depan beresolusi 5MP (f/2.2). Menariknya, Huawei Y5 2019 dalam warna coklat menampilkan kemasan panel belakang mirip seperti kulit, manakala warna biru kerangka polikarbonat unibodi yang lebih ringkas.

Baca juga:

Huawei Y5 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio A22, EMUI 9.0 dan Skrin 5.71″ HD+

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend