Huawei Y5 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio A22, EMUI 9.0 dan Skrin 5.71″ HD+ Comments Off on Huawei Y5 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio A22, EMUI 9.0 dan Skrin 5.71″ HD+ 456

Akhirnya telefon pintar mampu milik terbaharu keluaran Huawei iaitu model Y5 2019 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di Eropah hari ini, dan berita tentang kemunculan rasmi peranti ini telah didedahkan oleh Roland Quandt melalui akaun Twitter miliknya.

Huawei Y5 2019 menyokong paparan skrin 5.71 inci HD+ (1520 x 720 piksel), dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio A22 (12nm), dioperasikan oleh EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie), bateri 3020 mAh, dan ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 2GB + 16GB ataupun 3GB + 32GB. Ruang storan peranti ini boleh ditambah dengan sokongan slot kad microSD sehingga 512GB.

Huawei Y5 2019 sokong tiga slot kad berasingan.

Keupayaan penggambarannya tersedia dengan satu kamera utama beresolusi 13MP (f/1.8), manakala kualiti kamera swafotonya pula dibantu dengan lensa 5MP (f/2.2). Dari segi rekaan pula, ia hadir dengan rekaan takuk kecil dan juga panel belakang dengan kemasan mirip seperti kulit yang dapat dilihat pada model Huawei Y Max.

Walaupun tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari, Huawei Y5 2019 menyokong fungsi pengecaman wajah.

Buat masa ini harga jualan Huawei Y5 2019 masih lagi belum didedahkan kepada umum, tetapi ia akan ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu Midnight Black, Modern Black, Sapphire Blue, dan juga Amber Brown.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk Huawei Y5 2019.

Baca juga:

Bayar Deposit Serendah RM20 Dan Gandakannya Jumlahnya Hingga 5x Ganda Untuk Peranti Huawei Terpilih

Huawei Y7 Pro 2019 Akan Dijual Bermula 6 April 2019 Di Malaysia Pada Harga RM649

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend