Huawei Y Max Boleh Ditempah Pada Harga RM1,299 – Peranti Dengan Panel Belakang Kulit Comments Off on Huawei Y Max Boleh Ditempah Pada Harga RM1,299 – Peranti Dengan Panel Belakang Kulit

Pra-tempah Huawei Y Max akhirnya dibuka secara rasmi oleh Huawei Malaysia bermula hari ini 10 Disember hingga 12 Disember depan. Harga yang ditawarkan pula ialah RM1,299 sebuah dan bagi anda yang ingin membuat tempahan, hadiah percuma akan diberikan bersama.

Sebanyak tiga hadiah sampingan iaitu gelang pintar Huawei A2 Band, fon telinga Huawei AM116, dan sarung boleh lipat tulen Huawei Y Max bernilai RM334 akan diberikan sebaik anda membuat tempahan sepanjang tiga hari. Anda boleh mengunjungi mana-mana wakil penjual sah seluruh negara untuk pra-tempahan Huawei Y Max.

Huawei Y Max dilengkapi paparan gergasi 7.12-inci FullView yang dipadankan dengan speaker talaan Dolby Atmos. Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 660, peranti ini turut dijana bateri sebesar 5,000mAh, memori RAM 4GB, serta storan seluas 128GB yang mampu diperluaskan melalui kad microSD sehingga 256GB.

Peranti ini dibaluti kemasan material lembut untuk sentuhan seakan kulit di sebelah belakang. Huawei Y Max didatangkan dengan dua pilihan warna Midnight Black dan Amber Brown.

Pra-tempah Huawei Y Max: https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend