Huawei Watch GT Mungkin Dilancarkan Bersama Barisan Mate 20 Comments Off on Huawei Watch GT Mungkin Dilancarkan Bersama Barisan Mate 20

Huawei dikhabarkan sedang menyediakan jam pintar generasi terbaharu yang mungkin akan dilancarkan pada acara pelancaran siri Huawei Mate 20 pertengahan bulan ini. Huawei menamakan jam ini Watch GT dan akan tampil dengan dua varian iaitu GT Sport dan GT Classic. Kali ini Huawei memfokuskan kepada ketahanan bateri serta harga.

Jam ini direka bulat dengan pemuka menggunakan paparan OLED bersaiz 1.39-inci. Menurut sumber, model Classic akan hadir dengan kerangka perak berbanding hitam pada model Sport (rujuk pada gambar). Kedua-duanya dipadankan dengan bezel hitam berukiran laser pemasa (saat) di sekeliling.

Huawei Watch GT Classic

Seperti kebiasaan jam pintar, ia dilengkapi GPS dan NFC bersama-sama fungsi Bluetooth, kompas, sensor tekanan, dan sensor accelerometer. Satu lagi fungsi tambahan iaitu sensor kadar degupan jantung masih lagi belum disahkan daripada sumber yang tertiris.

Huawei Watch GT dibekalkan bateri 420mAh disamping storan dalaman 4GB. Melengkapkan peranti ini, ia dimuatkan bersama cip pemproses Snapdragon Wear 3100 dan sokongan kalis air. Selepas dicas penuh, jam ini mampu bertahan sehingga 20 jam dengan fungsi GPS diaktifkan.

Huawei A2 Band – RM169

Buat masa ini ia hanya khabar angin dan kita mungkin akan mendengar maklumat lebih lanjut sebelum pelancaran rasmi Huawei Mate 20 pada 16 Oktober depan. Buat masa ini, anda boleh mendapatkan Huawei A2 Band pada harga RM169 di kedai dalam talian Huawei Malaysia.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend