Huawei Watch GT Diumumkan Dengan Kejuruteraan Dwi Cip Yang Menjanjikan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari 0 322

Huawei telah menceburkan diri dalam penghasilan jam tangan pintar bermula tahun 2015 yang lalu dengan kemunculan model Huawei Watch generasi yang pertama. Manakala generasi keduanya iaitu Huawei Watch 2 pula telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan pada tahun ini ia tampil lebih hebat dengan model baharu Huawei Watch GT.

Hadir dengan paparan skrin OLED sebesar 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel, Huawei Watch GT menyokong kejuruteraan dwi cip baharu yang mampu menjanjikan penjimatan tenaga sehingga 80%. Ini sekaligus memastikan bateri berkapasiti 420 mAh ini mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa, dan sehingga 22 jam apabila mod GPS digunakan.

Huawei Watch GT juga turut dilengkapi dengan ciri pemantauan kadar degupan jantung masa-nyata yang akan diaktifkan pada setiap saat bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Malah bagi pengguna yang inginkan gaya hidup yang sihat, Huawei Watch GT tersedia dengan ciri latihan larian pintar dengan bacaan masa-nyata.

Penggunaan Huawei Watch GT di dalam air juga tidak menjadi masalah kerana ia mampu bertahan pada kedalaman sehingga 50 meter.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend