HUAWEI Watch GT Boleh Dibeli Pada Harga Hanya RM99 Untuk Unit Terhad Pada 10 Oktober 2019 Comments Off on HUAWEI Watch GT Boleh Dibeli Pada Harga Hanya RM99 Untuk Unit Terhad Pada 10 Oktober 2019 318

Bermula pada 4 hingga 12 Oktober 2019, HUAWEI telah menganjurkan promosi ‘HUAWEI Year-End Festival’ yang diadakan secara eksklusif hanya di HUAWEI Online Official Store. Selain menjanjikan hadiah percuma dengan setiap peranti terpilih, HUAWEI akan turut menganjurkan ‘Flash Deals’ yang menawarkan diskaun sehingga 85%.

Sempena promosi yang akan diadakan bermula jam 10 pagi pada 10 Oktober 2019, anda boleh memiliki empat produk terpilih daripada HUAWEI pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga asalnya. Untuk ‘Flash Deals’ ini, HUAWEI telah menawarkan empat produk berbeza yang akan ditawarkan dalam unit yang terhad seperti berikut:

  • HUAWEI Mate20 Pro (Emerald Green) x 10 unit → RM1999 (RM2599)
  • HUAWEI Y Max (Brown) x 10 unit → RM699 (RM1299)
  • HUAWEI Watch GT (|Orange) x 10 unit → RM99 (RM799)
  • HUAWEI Band 3 (Pearl Black) x 20 unit→ RM99 (RM239)

Untuk merebut peluang keemasan ini, anda boleh membuat pembelian mana-mana produk tersebut pada masa dan tarikh yang dikongsikan, eksklusif hanya di HUAWEI Online Official Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend